Jumaat, 26 Oktober 2012



Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

NIAT PUASA RAMADHAN


SUNAT-SUNAT PUASA 

• Makan sahur, di dalam makan sahur adanya keberkatan.
Sabda Nabi saw
Maksudnya, “ Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya pada makan sahur itu ada
keberkatan”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Waktu untuk makan sahur ialah sehingga terbit fajar Sodiq. Seperti Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 187,
“….dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar…..”
• Melewatkan makan sahur
• Segera berbuka puasa apabila masuk waktunya.
• Memperbanyakkan membaca al-Quran
• Memperbanyakkan sedekah
• Menunaikan solat Tarawih
• Mengadakan majlis Iftar ( jamuan berbuka puasa)l

ADAB-ADAB PUASA 

Puasa tidak sempurna tanpa mengikut adabnya. Di antaranya ialah:
• Memelihara lidah agar tidak menipu, mencaci. Mengekang mata dan telinga daripada yang haram.
• Menahan perut daripada makan-minum haram dan syubhat. Carilah  rezeki yang halal supaya berbuka puasa dengan yang halal. Jadi, perhatikanlah apa, siapa dan di mana anda berbuka.
• Memelihara semua anggota daripada berbuat maksiat.
Ramai mereka yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
 Sabda Rasulullah saw
ﻛﻢ ﻣﻦ ﺻﺎﺋﻢ ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺻﻴﺎﻣﻪ ﺇﻻ ﺍﳉﻮﻉ ﻭﺍﻟﻌﻄﺶ   
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].
• Hendaklah tidak terlalu banyak tidur di waktu siang hari dan terlalu banyak makan di
waktu malam hari. ٤
• Meninggalkan segala kemewahan dalam makan minum sekurang-kurangnya sama
seperti bulan biasa. Jangan sampai berdendam dengan puasa.
• Memperbanyakkan amal ibadat, zikir dan tilawah.

TAKRIF PUASA 

Puasa pada bahasa ialah menahan. Dalam istilah syarak beerti menahan nafsu daripada
segala yang membukakan puasa pada siang hari bermula dari terbit fajar Sodiq hingga
terbenam matahari.

PUASA YANG WAJIB 
Terdapat beberapa jenis puasa yang diwajibkan oleh ALlah ke atas umat Islam;
a- Puasa Ramadan di bulan Ramadan al-Mubarak pada setiap tahun
b- Puasa Nazar.
c- Puasa Kaffarah kerana sebab-sebab berikut;
• Jimak di siang hari bulan Ramadan.
• Zihar (isteri diserupakan dengan ibu).
• Melanggar sumpah.
• Kerana membunuh manusia yang diharamkan secara disengajakan atau tersalah.

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA 
1-  Islam,  tidak sah ke atas orang kafir.
2-  Berakal,   tidak wajib ke atas orang gila.
3-  Baligh, tidak wajib ke atas kanak-kanak.
4-  Berkemampuan, tidak wajib ke atas orang yang sakit.

Rasulullah saw bersabda,

Maksudnya, “ Diangkat pen (tuntutan hukum) daripada orang iaitu kanak-kanak hingga dia baligh, orang yang tidur hingga dia sedar dan orang gila hingga dia sembuh”.  
 Riwayat Abu Dawud dan Nasai  

PUASA




MUQADDIMAH 

Bulan Ramadan adalah satu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi ALlah dan 
RasulNYA. Ia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanyalah ALlah menfardukan puasa 
kepada kaum muslimin. 

Firman ALlah Ta’ala: 
{ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas 
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. } al-Baqarah : 183 

Di dalam bulan Ramadan juga diturunkan kitab suci al-Quran dan  dipilih di antara malammalamnya satu malam LailatulQadar yang lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan 
ialah kira-kira 83 tahun. Firman ALlah dalam surah al-Baqarah ayat 185; 
{ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, 
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan 
antara yang benar dengan yang salah.}  

{ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan 
apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam 
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. } al-Qadr : 1 - 3