Jumaat, 26 Oktober 2012


ADAB-ADAB PUASA 

Puasa tidak sempurna tanpa mengikut adabnya. Di antaranya ialah:
• Memelihara lidah agar tidak menipu, mencaci. Mengekang mata dan telinga daripada yang haram.
• Menahan perut daripada makan-minum haram dan syubhat. Carilah  rezeki yang halal supaya berbuka puasa dengan yang halal. Jadi, perhatikanlah apa, siapa dan di mana anda berbuka.
• Memelihara semua anggota daripada berbuat maksiat.
Ramai mereka yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
 Sabda Rasulullah saw
ﻛﻢ ﻣﻦ ﺻﺎﺋﻢ ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺻﻴﺎﻣﻪ ﺇﻻ ﺍﳉﻮﻉ ﻭﺍﻟﻌﻄﺶ   
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].
• Hendaklah tidak terlalu banyak tidur di waktu siang hari dan terlalu banyak makan di
waktu malam hari. ٤
• Meninggalkan segala kemewahan dalam makan minum sekurang-kurangnya sama
seperti bulan biasa. Jangan sampai berdendam dengan puasa.
• Memperbanyakkan amal ibadat, zikir dan tilawah.

Tiada ulasan: